Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.
Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.


Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.
Islam mengakui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan antimanusiawi.

Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta bukan Islam juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama.
Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang kecewa dengan tindakan ahli-ahli politik Melayu yang tergamak melemparkan dakwaan keji serta menjijikan berbentuk seksual bagi menamatkan kerjaya politik lawan masing-masing.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak berkata permainan politik ini “desperado” itu tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat.
Semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan perlu menamakan waris kepada simpanan mereka.
KWSP berkata tanpa penamaan, keluarga atau waris terdekat pencarum yang meninggal dunia terpaksa melalui proses yang sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli.

"Ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP dan belum membuat penamaan waris harus menyahut seruan ini dengan segera. Amaun ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka," kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan Islam.
13 OKT 2011

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mengenakan tindakan ke atas Kelab Taat Suami berhubung pengedaran buku panduan seks di ranjang yang setebal 115 muka surat.

NONE"Kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada KTS yang diketuai Hatijah Aam (isteri Assari) ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam laporan Berita Harian hari ini.
Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.
Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.
Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.
KOTA BHARU, 11 Jun: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.
NONEIni kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

ANAA: Dua kumpulan bertentangan - penyokong dan penentang kerajaan - mengadakan perarakan bagi menyambut berita keadaan kesihatan Presiden Yaman, semalam.
Ketika beribu-ribu penyokong pembangkang menuntut Presiden Ali Abdullah Saleh digantikan dengan majlis pemerintahan sementara di tengah Sanaa, beberapa kilometer dari situ pula, ribuan penyokong pemimpin itu berkumpul di Medan Sabbeen, meraikan berita berkenaan.

Di Jalan Sittin yang menjadi pusat gerakan antikerajaan, orang ramai melaungkan pelbagai slogan mendesak ‘Yaman baru’ diwujudkan.
“Rakyat mahukan majlis peralihan!” jerit sebahagian daripada penunjuk perasaan.
Datuk Seri Najib Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajikan "yang baru terfikir oleh PAS" sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan BN.
umno 65th anniversary 110511 najib making doaBernama memetik Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.
LABUAN: Seramai 1,450 pelajar di Labuan akan menerima komputer riba di bawah program 1Malaysia tahun ini.
Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata komputer riba sumbangan kerajaan kepada pelajar yang layak itu mencerminkan keikhlasan kerajaan dan keseriusannya dalam memastikan pelajar-pelajar celik komputer.

"Bukan itu sahaja, kami dalam kerajaan juga ingin memastikan pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk memiliki komputer peribadi, memperolehi akses kepada maklumat berkaitan sekolah,
WASHINGTON 2 Jun – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda pantai Chile, 8.55 malam tadi waktu Malaysia.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak kira-kira 98 kilometer barat daya Concepcion dan berlaku pada kedalaman 47 kilometer.
Gempa tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan atau kecederaan.Sementara itu, gegaran turut dirasai di bahagian selatan Chile, kawasan sama yang pernah dilanda gempa sekuat 8.8 pada tahun lalu. – Reuters
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemeteraian Perjanjian Pembelian Tenaga Projek Hidro Elektrik Bakun antara Sarawak Hidro Sdn Bhd dan Sesco Bhd bakal menjadi tulang belakang kejayaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Katanya Projek SCORE merupakan satu pelan transformasi raksasa Sarawak sebagai negeri maju dan pemangkin pembangunan luar bandar dengan mengeksplotasi sumber tenaga dari kawasan tengah Sarawak sebagai perangsang pertumbuhan industri, khususnya di Sarawak.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diarahkan membela diri bagi kes liwatnya memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucutkan kelayakan beliau bagi mendengar perbicaraan itu, buat kali ketiga.

“(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi,” kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media.

Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung menjadikan peluang pilihan raya umum awal diadakan di negara ini agak tipis. 

Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berdepan dan menangani kemarahan orang ramai terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: “Saya pernah ditawarkan membeli 10 iPad berharga hanya RM5,000. Mulanya saya sangat teruja membelinya kerana harga ditawarkan murah, tetapi mujurlah tidak terpedaya sejurus dimaklumkan Eizlan Yusof semua itu hanyalah satu penipuan,” kata Zed Zaidi, 31, yang hampir tertipu seorang lelaki menyamar sebagai pramugara dan dikenali sebagai Darvin dengan menawarkan khidmat kiriman barangan berjenama dari luar negara kepadanya, di sini.
[30.05.2011]

KUALA LUMPUR 30 Mei – Kerajaan menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"Ini (kenaikan) merupakan suku daripada satu peratus,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini.
Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.


Semalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Erdogan: Hadi kata tak pening, dasar PAS tak berubah, hanya strategi...

Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bersandar di kerusi. Tidak seperti biasa, Presiden PAS itu tidak beredar bersama-sama petugas media yang selesai membuat liputan sidang medianya.

Melihat bahasa tubuh, jelaslah Abdul Hadi seperti seolah-olah tidak bermaya walaupun ketika menjawab soalan wartawan, ahli parlimen Marang itu tampak bertenaga dan kerap berjenaka.


Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan memberi peringatan dan amaran kepada kerajaan BN dan Pakatan Rakyat supaya tidak memandang rendah kehadiran generasi muda di persada politik negara ini.
Ini kerana katanya, berdasarkan sejarah, kebangkitan anak muda menumbangkan kuasa angkuh regim diktator dunia hari ini hasil kepedulian mereka terhadap perkembangan semasa dan celik maklumat untuk perubahan.
[27-5-2011]

SEREMBAN: Isu rasuah yang mencemar liga bola sepak negara kembali menghantui apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis mengenai kegiatan mengatur keputusan perlawanan membabitkan skuad Piala Presiden dan Liga Super negeri itu.

PBNS membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, semalam,
Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam timbul. Isu sensitif agama, perkauman dan hak keistimewaan lewat ini menjadi isu utama yang dibicarakan.
Ibrahim Ali yang mahu bermandikan darah, cabaran kepada perundangan Islam oleh sesetengah NGO dan hari ini mengenai penghinaan Islam turut timbul seolah-olah isu ini boleh dibicarakan tanpa had dan terbuka.
Menghina kaum, menghina negara dan menghina agama, semuanya terpapar tanpa had. Ini semua boleh dilakukan terbuka – kata Nazri Tan Sri Aziz.
Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.NONETerbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.
Ketika Jepun sedang pulih daripada kesan gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear yang tercetus 11 Mac lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu rakyat negara itu bahawa Malaysia sentiasa di sisi mereka sebagai sahabat di saat-saat gembira dan lebih-lebih lagi ketika dalam kesusahan.

Sambil menegaskan tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan negara bagi menghadapi kesulitan, Perdana Menteri mengulangi komitmen Kuala Lumpur untuk menyokong usaha rakan sejawatan beliau dari Jepun, Naoto Kan,

Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.NONEDatuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi
Nurul Izzah Anwar  ,

Menyingkap kembali sejarah, saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat di bawah pemerintahan seorang Raja yang mulia lagi beriman dan budiman?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM1 bilion?
KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan 4,000 biasiswa kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang memperoleh minimum 9A- bagi sesi pengajian tinggi 2011.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,500 biasiswa diperuntukkan bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) manakala 2,500 biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) berazam turun padang ke seluruh Malaysia bagi mengenalpasti "orang lama" untuk membantu memenangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, tindakan itu dijangka akan dimulakan selepas permukiman pertama untuk sesi ini yang diangka pada Julai.

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Kartunis, Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar diiktiraf ke peringkat antarabangsa apabila bakal menerima anugerah dari Cartoonists Rights Network International (CRNI) di bawah kategori 'Keberanian dalam kartun editorial'.

Anugerah itu akan disampaikan 7 Julai depan di St. Petersburg Florida, Amerika dan Zunar dalam kenyataannya berkata, "saya akan hadir."
BUKIT MERTAJAM, 22 Mei: Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi  Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat
PEKAN 19 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis berpegang kepada peruntukan undang-undang dan peraturan serta tidak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak.
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Langkah untuk menggabungkan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Muamalat diyakini berpunca dari tangan-tangan ghaib yang mengarahkan tindakan itu dilakukan, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. 
Naib Presiden PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tindakan penggabungan itu diyakini dilakukan bagi menyelamatkan Bank Muamalat yang sedang mengalami masalah, walaupun ia terpaksa mengorbankan BIMB sendiri. 
high tension power electrical towerKerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat.Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina
 Nanyang Siang Pau. Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95

JEMPOL - Tiga lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di Kilometer 1, Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran persimpangan lampu isyarat di landasan kereta api Bahau, di sini, semalam.
Kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu berpunca daripada sebuah lori membawa muatan kayu getah terbabas ketika menuruni bukit, dipercayai kerana brek gagal berfungsi. 

Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.
Ketika kehadiran Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Terengganu pada 30 April 2011 lalu, kononnya rakyat di negeri Darul Iman ini sangat gembira dan seronok.
Maklumlah, seorang pembesar negara yang datang dan lagi terkenal di seluruh dunia.
Sehubungan itu, Awang diberitahu orang bahawa Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) merayu agar Perdana Menteri itu segera menepati serta menunaikan ‘janji-janji manis’ untuk mengembalikan semula hak royalti petroleum kepada rakyat Terengganu.
  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama yang sedang dilaporkan dalam media Malaysia. . "Tolong bertenang sehingga kami mencari faktanya. Ia (mengeksploitasi) tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Siapa saja sama ada pembangkang atau pro kerajaan, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas Sidang Kemuncak Asean ke-18 di Jakarta hari ini.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan akhbarnya berkata akhbar Utusan Malaysia seperti menyalakan api ketegangan antara agama.
“Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam BN menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah.

Menurut IMF, Bank Sentral Libya adalah 100% milik negara. IMF menganggarkan bahawa Libya mempunyai hampir 144 tan emas di bank tersebut. Signifikannya sebelum PBB meluluskan resolusi mengharamkan penerbangan di ruang udara Libya dan membenarkan USA dan sekutunya menghantar tentera menyerang Libya, Muammar al-Gaddafi secara terbuka telah menganjurkan pembentukan mata wang baru yang akan menyaingi dollar dan euro. 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara. Tulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Para pemimpin dan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat serta lebih 80 NGO, hari ini sebulat suara menzahirkan kemarahan mereka terhadap perkembangan dan krisis ekonomi, sosial budaya dan politik kotor yang semakin parah di tanah air. Mereka dengan tegas mengutuk penularan gejala politik yang tidak sihat, budaya memfitnah dan mengaibkan seorang musuh politik, sehingga mengakibatkan maruah masyarakat dan seluruh negara telah tercela, malah semacam dijadikan tebusan untuk memenuhi nafsu serakah politik pihak tertentu.

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget

Vertical Menu