MANCHESTER United setuju menandatangani kontrak pembelian penjaga gol Atletico Madrid, David De Gea berjumlah RM91 juta. Jika urusan pembelian lancar, penjaga gol itu bakal beraksi di Old Trafford, musim depan. De Gea, 20, menjadi pilihan
menggantikan Edwin Van der Sar yang akan bersara selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona, Sabtu ini.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson menyifatkan De Gea, seorang penjaga gol tangkas dan mempunyai kualiti sama seperti Van der Sar.

Bagaimanapun, pembelian De Gea mendapat kritikan pe-nganalisis bola sepak dan menyifatkan ia sebagai perjudian oleh juara Liga Perdaan Inggeris (EPL) itu. Sebelum ini, The Red Devils dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Manuel Neuer (Schalke) dan Maarten Stekelenburg (Ajax).

Namun, Neuer mengambil keputusan menyertai gergasi Jerman, Bayern Munich manakala Stekelenburg setia bersama Ajax. *

0 comments:

Post a Comment

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget