KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan insurans kepada keluarga berpendapatan rendah terutamanya ketua isi rumah (KIR) jika berlaku kematian atau kecederaan kekal, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Beliau berkata, skim perlindungan Insurans ini adalah salah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mana mahu meningkatkan taraf hidup isi rumah yang berpendapatan rendah.

Katanya, terdapat tiga skim di bawahnya iaitu skim perlindungan hayat, skim kemalangan dan skim khairat kematian yang meliputi ketua keluarga, pasangan dan juga anak-anak.

“Skim ini layak diterima semua ketua isi rumah yang disahkan berdaftar dalam sistem eKasih di bawah Jabatan Perdana Menteri sehingga Januari 2011,” katanya kepada selepas menyerahkan sijil insurans skim itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini, semalam.

Shahrizat berkata, kerajaan turut membelanjakan RM12 juta untuk mendapatkan insurans dari Syarikat Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz) untuk diberikan kepada 100,000 ketua isi rumah seluruh negara.

“Skim ini memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 orang anggota keluarga jika berlaku sesuatu kepada KIR mereka dengan perlindungan selama setahun dan ia akan dibuat setiap tahun,” katanya.

Selepas dimulakan Januari lepas, katanya, sehingga kini Allianz sudah pun membayar wang tuntutan skim itu sebanyak RM3 juta melibatkan kematian kira-kira 200 orang KIR.

“Jika berlaku kematian, waris KIR akan menerima wang pampasan sebanyak RM10,000 manakala jika mengalami kecederaan KIR akan menerima RM20,000 manakala pasangan menerima RM10,000 dan anak menerima RM5,000 melalui skim itu,” katanya.

Pada majlis yang sama, Shahrizat turut menyampaikan pampasan kepada 19 ahli isi rumah dari negeri Selangor berjumlah RM285,000.

Salah seorang penerima, Siti Rozana Jalil,41, yang kematian suaminya Januari lalu akibat kemalangan menerima wang pampasan sebanyak RM25,000.

Katanya, wang itu akan digunakan bagi menanggung kos pembelajaran tiga anaknya yang masih bersekolah.

”Sejak kematian suami saya terpaksa mengambil upah mengupas pisang bagi mencari pendapatan menanggung keluarga.

”Dua anak saya merupakan anak istimewa yang memerlukan penjagaan lebih teliti dan memerlukan kos lebih banyak,” katanya yang bersyukur atas pampasan yang diterima.

Seorang lagi penerima pampasan, Ramlah Bahak,53, berkata, wang pampasan sebanyak RM15,000 itu akan digunakan sebagai modal memulakan perniagaan.

”Suami sudah meninggal sejak Januari lalu, selain bergantung pada anak-anak saya juga mengambil upah membuat biskut. Adanya wang ini bolehlah saya gunakan untuk modal berniaga,” katanya.[Sinar]*

0 comments:

Post a Comment

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget