Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung laporan Utusan Malaysia yang memetik tulisan di dua blog pro-Umno yang mendakwa terdapat paderi yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara. Tulisan di dua blog pro-Umno juga mendakwa paderi tersebut berusaha mahukan perdana menteri dilantik dari penganut Kristian.

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Para pemimpin dan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat serta lebih 80 NGO, hari ini sebulat suara menzahirkan kemarahan mereka terhadap perkembangan dan krisis ekonomi, sosial budaya dan politik kotor yang semakin parah di tanah air. Mereka dengan tegas mengutuk penularan gejala politik yang tidak sihat, budaya memfitnah dan mengaibkan seorang musuh politik, sehingga mengakibatkan maruah masyarakat dan seluruh negara telah tercela, malah semacam dijadikan tebusan untuk memenuhi nafsu serakah politik pihak tertentu.

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget