Makin menjadi-jadi pulak penyokong pembangkang menjadikan masjid sebagai tempat 'buat-bising' dan maki hamun. Jika minggu lepas di Masjid Amru Al As Sentul, hari ini di Masjid Negara pulak.
Apabila sekumpulan Pemuda PKR dan NGO buat perhimpunan Qazaf dan serah memorandum ke Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Demontrasi yang tidak mendapat sambutan tersebut hanya menyusahkan orang ramai dan pihak berkuasa.

Mengulas kejadian tersebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.
Katanya, ini kerana ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di rumah ibadat orang Islam itu.
"Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbau politik, sama sajalah," katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Negara hari ini yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara.
Perhimpunan itu juga dikatakan untuk mendesak JAWI mengambil tindakan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang melakukan sumpah laknat pada Jumaat lalu berhubung rakaman video seks yang pelakunya dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.
Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu itu tidak sewajarnya dibebankan kepada JAWI tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan.
"Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguatkuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian.
"Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah. Saya rasa jika hendak diserahkan kepada JAWI, ini tanggapan yang salah," katanya-6/5/2011

-agendadaily-

0 comments:

Post a Comment

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget