Showing posts with label Kemalangan/Bencana. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan/Bencana. Show all posts
WASHINGTON 2 Jun – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda pantai Chile, 8.55 malam tadi waktu Malaysia.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak kira-kira 98 kilometer barat daya Concepcion dan berlaku pada kedalaman 47 kilometer.
Gempa tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan atau kecederaan.Sementara itu, gegaran turut dirasai di bahagian selatan Chile, kawasan sama yang pernah dilanda gempa sekuat 8.8 pada tahun lalu. – Reuters

JEMPOL - Tiga lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan 10 kenderaan di Kilometer 1, Jalan Bahau-Kemayan, berhampiran persimpangan lampu isyarat di landasan kereta api Bahau, di sini, semalam.
Kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu berpunca daripada sebuah lori membawa muatan kayu getah terbabas ketika menuruni bukit, dipercayai kerana brek gagal berfungsi. 

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget