Showing posts with label Provokasi/Sensitif. Show all posts
Showing posts with label Provokasi/Sensitif. Show all posts
Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam timbul. Isu sensitif agama, perkauman dan hak keistimewaan lewat ini menjadi isu utama yang dibicarakan.
Ibrahim Ali yang mahu bermandikan darah, cabaran kepada perundangan Islam oleh sesetengah NGO dan hari ini mengenai penghinaan Islam turut timbul seolah-olah isu ini boleh dibicarakan tanpa had dan terbuka.
Menghina kaum, menghina negara dan menghina agama, semuanya terpapar tanpa had. Ini semua boleh dilakukan terbuka – kata Nazri Tan Sri Aziz.
  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama yang sedang dilaporkan dalam media Malaysia. . "Tolong bertenang sehingga kami mencari faktanya. Ia (mengeksploitasi) tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Siapa saja sama ada pembangkang atau pro kerajaan, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas Sidang Kemuncak Asean ke-18 di Jakarta hari ini.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan akhbarnya berkata akhbar Utusan Malaysia seperti menyalakan api ketegangan antara agama.
“Saya melihat spekulasi yang ditimbulkan oleh Utusan Malaysia kononnya terdapat pihak tertentu yang berusaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kelemahan dan kegagalan Umno sebagai parti utama dalam BN menunaikan amanah yang digalaskan kepada mereka selaku pemerintah.

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget