Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama yang sedang dilaporkan dalam media Malaysia. . "Tolong bertenang sehingga kami mencari faktanya. Ia (mengeksploitasi) tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Siapa saja sama ada pembangkang atau pro kerajaan, mereka tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu ini," katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas Sidang Kemuncak Asean ke-18 di Jakarta hari ini.


Perdana Menteri yang diminta mengulas isu mengenai adanya pihak sedang berusaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, berkata kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu dan semua pihak tidak harus membesarkan cerita kerana ia boleh menjadi api dalam sekam.

"Kalau kita tak bendung, ia boleh menjadi unsur polarisasi yang serius dalam masyarakat kita," katanya. selanjutnya klik sini.

0 comments:

Post a Comment

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget