LABUAN: Seramai 1,450 pelajar di Labuan akan menerima komputer riba di bawah program 1Malaysia tahun ini.
Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata komputer riba sumbangan kerajaan kepada pelajar yang layak itu mencerminkan keikhlasan kerajaan dan keseriusannya dalam memastikan pelajar-pelajar celik komputer.

"Bukan itu sahaja, kami dalam kerajaan juga ingin memastikan pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk memiliki komputer peribadi, memperolehi akses kepada maklumat berkaitan sekolah,
WASHINGTON 2 Jun – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda pantai Chile, 8.55 malam tadi waktu Malaysia.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak kira-kira 98 kilometer barat daya Concepcion dan berlaku pada kedalaman 47 kilometer.
Gempa tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan atau kecederaan.Sementara itu, gegaran turut dirasai di bahagian selatan Chile, kawasan sama yang pernah dilanda gempa sekuat 8.8 pada tahun lalu. – Reuters
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemeteraian Perjanjian Pembelian Tenaga Projek Hidro Elektrik Bakun antara Sarawak Hidro Sdn Bhd dan Sesco Bhd bakal menjadi tulang belakang kejayaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Katanya Projek SCORE merupakan satu pelan transformasi raksasa Sarawak sebagai negeri maju dan pemangkin pembangunan luar bandar dengan mengeksplotasi sumber tenaga dari kawasan tengah Sarawak sebagai perangsang pertumbuhan industri, khususnya di Sarawak.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diarahkan membela diri bagi kes liwatnya memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilucutkan kelayakan beliau bagi mendengar perbicaraan itu, buat kali ketiga.

“(Kami memohon untuk melucutkannya) daripada membicarakan kes itu pada peringkat pendakwaan lagi,” kata peguam Anwar, Sankara Nair dalam kenyataan ringkas kepada media.

Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung menjadikan peluang pilihan raya umum awal diadakan di negara ini agak tipis. 

Lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berdepan dan menangani kemarahan orang ramai terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR: “Saya pernah ditawarkan membeli 10 iPad berharga hanya RM5,000. Mulanya saya sangat teruja membelinya kerana harga ditawarkan murah, tetapi mujurlah tidak terpedaya sejurus dimaklumkan Eizlan Yusof semua itu hanyalah satu penipuan,” kata Zed Zaidi, 31, yang hampir tertipu seorang lelaki menyamar sebagai pramugara dan dikenali sebagai Darvin dengan menawarkan khidmat kiriman barangan berjenama dari luar negara kepadanya, di sini.
[30.05.2011]

KUALA LUMPUR 30 Mei – Kerajaan menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
"Ini (kenaikan) merupakan suku daripada satu peratus,” kata beliau pada sidang akhbar bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini.
Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.


Semalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Erdogan: Hadi kata tak pening, dasar PAS tak berubah, hanya strategi...

Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus bersandar di kerusi. Tidak seperti biasa, Presiden PAS itu tidak beredar bersama-sama petugas media yang selesai membuat liputan sidang medianya.

Melihat bahasa tubuh, jelaslah Abdul Hadi seperti seolah-olah tidak bermaya walaupun ketika menjawab soalan wartawan, ahli parlimen Marang itu tampak bertenaga dan kerap berjenaka.


Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan memberi peringatan dan amaran kepada kerajaan BN dan Pakatan Rakyat supaya tidak memandang rendah kehadiran generasi muda di persada politik negara ini.
Ini kerana katanya, berdasarkan sejarah, kebangkitan anak muda menumbangkan kuasa angkuh regim diktator dunia hari ini hasil kepedulian mereka terhadap perkembangan semasa dan celik maklumat untuk perubahan.

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget