KUALA LUMPUR: “Saya pernah ditawarkan membeli 10 iPad berharga hanya RM5,000. Mulanya saya sangat teruja membelinya kerana harga ditawarkan murah, tetapi mujurlah tidak terpedaya sejurus dimaklumkan Eizlan Yusof semua itu hanyalah satu penipuan,” kata Zed Zaidi, 31, yang hampir tertipu seorang lelaki menyamar sebagai pramugara dan dikenali sebagai Darvin dengan menawarkan khidmat kiriman barangan berjenama dari luar negara kepadanya, di sini.

Darvin yang berusia 20-an itu dikatakan sudah memperdayakan beberapa artis tempatan bagi menawarkan khidmat memberi barangan luar negara dengan harga murah sebelum menghilangkan diri.


Beliau berkata, dia mengenali lelaki terbabit dalam satu majlis tiga bulan lalu selepas memperkenalkan dirinya bekerja sebagai pramugara.
“Saya hairan baru beberapa jam kenal, lelaki terbabit sangat intim dengan kami (artis). Sepanjang mengenalinya, lelaki itu banyak menipu kami kononnya memiliki hotel dan pusat karaoke,” katanya.

Menurutnya, bulan lalu, lelaki itu menawarkan kepadanya membeli 10 iPad dengan harga murah iaitu hanya RM5,000 sebelum bercadang membelinya namun bernasib baik selepas Eizlan menghubunginya memberitahu lelaki itu menipu malah dakwaannya sebagai pramugara tidak benar.

“Sekarang baru saya tahu lelaki berkenaan mensasarkan artis untuk menipu. Saya berharap artis lain tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihatnya,” katanya.

Seorang lagi artis, Scha Alyahya berkata, lelaki itu ada datang berjumpanya di lokasi penggambaran drama Awan Dania di Ukay Perdana lima bulan lalu dengan menawarkan kiriman minyak wangi dan beg tangan dari Amerika Syarikat.

“Saya terkejut ditawarkan dengan harga murah dan bercadang membelinya, namun tidak berbuat demikian sejurus mengesyaki sesuatu yang pelik dan enggan melayannya sehinggalah seminggu kemudian lelaki itu datang lagi dan menawarkan pula minyak wangi diimport dari Amerika Syarikat.
“Saya mengambil langkah bijak dengan tidak memberikan wang kepadanya dan tidak menyangka lelaki itu sudah menipu ramai artis dan orang luar,” katanya.

Menurut Scha, ketika di set penggambaran, lelaki berkenaan turut ditawarkan menjadi pelakon tambahan untuk beberapa babak drama Awan Dania.

Bagi Eliza Razak AF2, suspek berjumpanya di satu set penggambaran tahun lalu memberitahu mahu ke United Kingdom (UK) dan menawarkan kiriman iPhone dengan harga murah.

“Selang beberapa hari, lelaki itu menghubungi saya dan memberitahu berada di UK dan minta memasukkan wang ke dalam akaunnya namun saya tidak memasukkannya sehinggalah dia menghilangkan diri,” katanya.
*

0 comments:

Post a Comment

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget