Isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara hina Islam timbul. Isu sensitif agama, perkauman dan hak keistimewaan lewat ini menjadi isu utama yang dibicarakan.
Ibrahim Ali yang mahu bermandikan darah, cabaran kepada perundangan Islam oleh sesetengah NGO dan hari ini mengenai penghinaan Islam turut timbul seolah-olah isu ini boleh dibicarakan tanpa had dan terbuka.
Menghina kaum, menghina negara dan menghina agama, semuanya terpapar tanpa had. Ini semua boleh dilakukan terbuka – kata Nazri Tan Sri Aziz.

Mungkin kerana itulah kepimpinan Najib Tun Abdul Razak akan berdepan dengan masalah yang paling serius – seserius masalah yang dihadapi oleh negara kita pada tahun 1969 bila ada Menteri yang keliru dalam menjalankan tanggungjawab dan melakukan perkara-perkara yang dianggapnya rakyat terlampau bodoh untuk mengetahuinya.
pemilik blog UMNO Reform Anuar Mohd Nor dalam blognya berkata, masyarakat perlu sedar bahawa sekiranya pun ada tentangan dalam menggunakan Akta ISA dan Hasutan tetapi sekiranya tindakan seseorang itu boleh mengundang kegelisahan kaum dan agama maka tindakan perlu diambil.
"Heret mereka ke mahkamah dan selesaikan masalah itu segera. Jangan akhirnya kita dilihat turut sama terlibat dalam isu itu kerana mahu mempertahankan kuasa yang ada," katanya.
Persepsi itu sudah timbul dan persepsi itu akhir-akhir ini sudah nampak seakan kebenaran bila tindakan tidak diambil dan kelihatan seakan ia di benarkan oleh Kementerian Dalam Negara. Akhirnya bukan rakyat yang tertipu tetapi kepimpinan yang menipu diri sendiri.
*

0 comments:

Post a Comment

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget