ANAA: Dua kumpulan bertentangan - penyokong dan penentang kerajaan - mengadakan perarakan bagi menyambut berita keadaan kesihatan Presiden Yaman, semalam.
Ketika beribu-ribu penyokong pembangkang menuntut Presiden Ali Abdullah Saleh digantikan dengan majlis pemerintahan sementara di tengah Sanaa, beberapa kilometer dari situ pula, ribuan penyokong pemimpin itu berkumpul di Medan Sabbeen, meraikan berita berkenaan.

Di Jalan Sittin yang menjadi pusat gerakan antikerajaan, orang ramai melaungkan pelbagai slogan mendesak ‘Yaman baru’ diwujudkan.
“Rakyat mahukan majlis peralihan!” jerit sebahagian daripada penunjuk perasaan.

Sejak cedera terkena letupan ketika di dalam masjid pada 3 Jun lalu, Ali tidak muncul di khalayak ramai, menyebabkan timbul pelbagai versi berita mengenai kesihatannya.

Ali selamat menjalani pembedahan di Riyadh, Arab Saudi, dan pihak kerajaan mendakwa, kesihatan presiden itu semakin pulih.
Dia juga dilaporkan dirawat di wad biasa berbanding unit rawatan rapi sebelum ini.

Penganalisis AS berpendapat, letupan yang mencederakan Ali itu adalah cubaan membunuhnya.
Mereka juga percaya insiden itu juga kemungkinan besar didalangi orang dalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Penerangan Yaman, Abdo al-Janadi, berkata mustahil proses peralihan kuasa dibincangkan sebelum Ali kembali ke negara itu. - AFP
*

0 comments:

Post a Comment

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget