PEKAN 19 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis berpegang kepada peruntukan undang-undang dan peraturan serta tidak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak.
Beliau memberitahu pemberita demikian di Istana Abu Bakar di sini hari ini semasa ditemui selepas mengetuai 155 penerima darjah kebesaran negeri Pahang sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Khalid berkata, tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi polis mendedahkan perkara itu.
"Banyak kali saya dah beritahu mengenai perkara ini, saya pun tak faham kenapa orang ini tak faham-faham bahawa tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan kita membuat pendedahan. Jadi kalau undang-undang tak benarkan, tak bolehlah,” katanya ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak supaya polis segera mendedahkan identiti pelaku itu. - Bernama*

0 comments:

Post a Comment

CONTACT US

edisimaya@gmail.com

ShoutMix chat widget