Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemeteraian Perjanjian Pembelian Tenaga Projek Hidro Elektrik Bakun antara Sarawak Hidro Sdn Bhd dan Sesco Bhd bakal menjadi tulang belakang kejayaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Katanya Projek SCORE merupakan satu pelan transformasi raksasa Sarawak sebagai negeri maju dan pemangkin pembangunan luar bandar dengan mengeksplotasi sumber tenaga dari kawasan tengah Sarawak sebagai perangsang pertumbuhan industri, khususnya di Sarawak.
"Suka saya nyatakan bahawa penetapan kadar tarif asas sebanyak 6.25 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh) bagi Projek Bakun dengan kenaikan 1.5 peratus setiap tahun adalah kadar yang munasabah dan kompetitif untuk menarik minat para pelabur ke Malaysia, khususnya di SCORE," katanya semasa berucap pada Majlis Menandatangi Perjanjian Pembelian Tenaga antara Sarawak Hidro SDn Bhd dan Sesco Bhd di Putrajaya hari ini.
Sarawak Hidro Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan Sesco Bhd adalah syarikat milik penuh Sarawak Energy Bhd dan kerajaan negeri Sarawak.
Najib berkata kerajaan Persekutuan komited dalam membantu kerajaan negeri Sarawak mencapai objektif ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mapan pada masa akan datang.
Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Perdana Menteri berkata pembinaan Projek Bakun jelas memberikan begitu banyak manfaat yang akan diperoleh rakyat dan negara.
"Saya percaya semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan Projek Bakun dan agenda SCORE, terutamanya kerajaan negeri Sarawak, dapat mengambil peluang ini untuk bersama-sama menarik pelaburan asing ke Malaysia sekaligus menyokong objektif Model Baru Ekonomi (MBE) yang menjurus kepada status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020."
Menurut Najib, Stesen Hidro Elektrik Bakun dijangka memulakan penjanaan dari turbin pertamanya mulai Ogos 2011 diikuti turbin seterusnya bagi setiap tiga bulan sehinggalah turbin yang ke-lapan pada 2013.
"Status pembangunan Projek Bakun telah mencapai 98 peratus siap dan paras air di empangan Bakun kini mencapai 202 meter atas paras laut sehingga 30 April lepas," katanya.
Sementara itu, di dalam kenyataan akhbar yang disertakan, Sarawak Hidro Sdn Bhd diunjurkan memperoleh pendapatan minimum RM36 juta pada tahun ini dan RM112 juta pada tahun berikutnya manakala bayaran levi air kepada kerajaan negeri Sarawak dijangka lebih RM7 juta dan RM21 juta, masing masing pada tahun ini dan 2012.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa apabila penjanaan penuh stesen tenaga Bakun dapat diterima oleh sistem grid Sarawak mulai 2016, Stesen Hidro Bakun akan menghasilkan 17,500 gigawatt jam tenaga elektrik setiap tahun.
Ini merupakan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kuasa yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia dan lebih tiga kali ganda tenaga hidro yang dijana di Malaysia, kata kenyataan itu.
- Bernama*
Katanya Projek SCORE merupakan satu pelan transformasi raksasa Sarawak sebagai negeri maju dan pemangkin pembangunan luar bandar dengan mengeksplotasi sumber tenaga dari kawasan tengah Sarawak sebagai perangsang pertumbuhan industri, khususnya di Sarawak.
"Suka saya nyatakan bahawa penetapan kadar tarif asas sebanyak 6.25 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh) bagi Projek Bakun dengan kenaikan 1.5 peratus setiap tahun adalah kadar yang munasabah dan kompetitif untuk menarik minat para pelabur ke Malaysia, khususnya di SCORE," katanya semasa berucap pada Majlis Menandatangi Perjanjian Pembelian Tenaga antara Sarawak Hidro SDn Bhd dan Sesco Bhd di Putrajaya hari ini.
Sarawak Hidro Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan Sesco Bhd adalah syarikat milik penuh Sarawak Energy Bhd dan kerajaan negeri Sarawak.
Najib berkata kerajaan Persekutuan komited dalam membantu kerajaan negeri Sarawak mencapai objektif ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mapan pada masa akan datang.
Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Saya percaya semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan Projek Bakun dan agenda SCORE, terutamanya kerajaan negeri Sarawak, dapat mengambil peluang ini untuk bersama-sama menarik pelaburan asing ke Malaysia sekaligus menyokong objektif Model Baru Ekonomi (MBE) yang menjurus kepada status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020."
Menurut Najib, Stesen Hidro Elektrik Bakun dijangka memulakan penjanaan dari turbin pertamanya mulai Ogos 2011 diikuti turbin seterusnya bagi setiap tiga bulan sehinggalah turbin yang ke-lapan pada 2013.
"Status pembangunan Projek Bakun telah mencapai 98 peratus siap dan paras air di empangan Bakun kini mencapai 202 meter atas paras laut sehingga 30 April lepas," katanya.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa apabila penjanaan penuh stesen tenaga Bakun dapat diterima oleh sistem grid Sarawak mulai 2016, Stesen Hidro Bakun akan menghasilkan 17,500 gigawatt jam tenaga elektrik setiap tahun.
Ini merupakan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kuasa yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia dan lebih tiga kali ganda tenaga hidro yang dijana di Malaysia, kata kenyataan itu.
- Bernama*
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Blog Pakatan
-
-
-
LIVE AJL 345 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
Barisan Bloggers
Rempit Bloggers
CONTACT US
edisimaya@gmail.com
HOTLINKS
- Muka Depan
- Akhbar
- - Nasional
- --Utusan Malaysia
- --Berita Harian
- --Harian Metro
- --Sinar Harian
- - Alternatif
- --Malaysiakini
- -Politik
- --Harakah Daily
- --Keadilan Daily
- --Agenda Daily
- Video Media
- -Video Media List
- --media rakyat
- -Web tv
- Top Forum
- -Forum List
- --Cari
- --lowyat
- --Carigold
- --wangcyber
- --gengblogger
- --Bicara Jutawan
- Shopping
- -Shopping Online
- --mudah
- Top Blog
- -Pemimpin Pembangkang
- --anwar ibrahim
- --tg abd hadi
- -Pemimpin Barisan
- Download
- -Portable App
- -Software
- -Movies
- -Tutorial
Vertical Menu
- 2013 (4)
-
2011
(107)
- 11/27 - 12/04 (1)
- 11/20 - 11/27 (2)
- 11/13 - 11/20 (1)
- 10/30 - 11/06 (1)
- 10/23 - 10/30 (1)
- 10/16 - 10/23 (1)
- 10/09 - 10/16 (4)
- 06/19 - 06/26 (2)
- 06/12 - 06/19 (4)
- 06/05 - 06/12 (8)
-
05/29 - 06/05
(17)
- Mat Sabu timbalan presiden PAS yang baru
- Pelajar terima sumbangan komputer riba
- Chile dilanda gempa bumi
- Najib: Bakun bekal tenaga pada harga berpatutan
- Kes Liwat, Anwar mohon lucutkan hakim lagi
- Video Seks: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah
- Salih Yaacob Kawin Lagi
- Ucap terima kasih lepas mencuri
- Pilihan raya awal tidak mungkin...Penganalisis
- Tarif elektrik naik 2.23 sen
- Zed Zaidi ,Scha nyaris terpedaya
- Inflasi dijangka naik 0.27
- 17 ahli majlis Sg Petani mogok
- agendadaily
- Najib silap baca golongan muda, kata Anwar
- malaysiakini:Amaran Pemuda PAS pada k'jaan BN, Pak...
- Harakahdaily
- 05/22 - 05/29 (26)
- 05/15 - 05/22 (9)
- 05/08 - 05/15 (11)
- 05/01 - 05/08 (7)
- 01/02 - 01/09 (12)
- 2010 (13)
0 comments:
Post a Comment