Nov 23, 2011 |
Kerajaan
bersetuju meluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada
500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan
tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi persekolahan tahun depan.
Timbalan
Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata peruntukan kepada pelajar
sekolah swasta sama ada sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina
itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit
merasakan diri mereka terpinggir.
"Kita memikirkan mereka juga akan berhadapan dengan sesi persekolahan yang memerlukan bantuan pakaian sekolah dan sebagainya. Mereka ini juga menghadapi masalah yang sama seperti pelajar sekolah kerajaan.
"Jadi, kita beri keadilan kepada semua yang bersekolah. Kita prihatin kepada masalah rakyat," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dengan penduduk kawasan peti undi Kampung Kluang, Rengit, di Batu Pahat, malam tadi.
Sehubungan itu, Mohd Puad mahu guru besar atau pengetua sekolah swasta dapat mengagihkan bantuan tersebut kepada pelajar dalam sedikit masa lagi tanpa membuat sebarang pemotongan.
Terdahulu berucap pada majlis tersebut beliau meminta semua rakyat pelbagai kaum di negara ini supaya terus mengekalkan semangat perpaduan seperti yang dicetuskan oleh pasukan bola sepak Harimau Muda yang berjaya mengekalkan pingat emas dalam pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26.
Pada majlis yang dihadiri oleh lebih 1,000 orang penduduk itu, Mohd Puad yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO turut menyampaikan bantuan kerusi roda kepada tujuh Orang Kurang Upaya (OKU), bantuan cermin mata dan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik.
- Bernama
*

Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Blog Pakatan
-
-
-
LIVE AJL 345 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
Barisan Bloggers
Rempit Bloggers
CONTACT US
edisimaya@gmail.com
HOTLINKS
- Muka Depan
- Akhbar
- - Nasional
- --Utusan Malaysia
- --Berita Harian
- --Harian Metro
- --Sinar Harian
- - Alternatif
- --Malaysiakini
- -Politik
- --Harakah Daily
- --Keadilan Daily
- --Agenda Daily
- Video Media
- -Video Media List
- --media rakyat
- -Web tv
- Top Forum
- -Forum List
- --Cari
- --lowyat
- --Carigold
- --wangcyber
- --gengblogger
- --Bicara Jutawan
- Shopping
- -Shopping Online
- --mudah
- Top Blog
- -Pemimpin Pembangkang
- --anwar ibrahim
- --tg abd hadi
- -Pemimpin Barisan
- Download
- -Portable App
- -Software
- -Movies
- -Tutorial
Vertical Menu
- 2013 (4)
- 2011 (107)
- 2010 (13)
0 comments:
Post a Comment