BUKIT BERUNTUNG: “Saya tak sanggup melihat mayat anak yang hancur kaki dan badannya akibat digilis treler. Sungguh tidak sangka dia pergi secara mengejut dan ia memilukan kami sekeluarga,” kata Rosnah Dollah, 49, ibu Mohd Zulfadzli Ramli, 16, yang maut dalam kemalangan ngeri
di Jalan Bukit Sentosa-Kuala Kubu Bharu, dekat sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha dan dibonceng rakannya, Muhammad Azim Firdaus Mohamad Abdullah, 14, pulang daripada bekerja sambilan sebagai pelayan restoran di Bandar Bukit Sentosa ke rumah mereka di Taman Seroja, dekat sini.
Menurutnya, dia bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 3.10 pagi selepas menerima berita itu daripada jiran.
“Saya tidak dapat menahan sebak melihat mayat anak yang terperosok bawah treler panjang. Rakannya parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sejam selepas kejadian.
“Arwah mahu pulang ke rumah selepas bekerja sambilan sejak setahun lalu di Bandar Bukit Sentosa untuk mencari wang saku untuk belanja persekolahannya. Dia anak yang baik dan manja dengan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut Rosnah, ketika kejadian dia dan suaminya, Ramli Mohd Yusof, 54, tidur di rumah.

Katanya, arwah yang juga pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 anak bongsu daripada tiga beradik suka berjenaka dan penyayang.
“Saya tidak sangka perangai peliknya yang meminta digosok kakinya berulang kali dua hari lalu petanda akhir hayatnya.
“Kami terkilan melihat keadaannya yang teruk selepas terbabit kemalangan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, berkata kejadian itu membabitkan motosikal ditunggang dua remaja bertembung treler dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Nehru, 40, yang membuat pusingan U di laluan terbabit.
Katanya, treler terbabit melanggar motosikal mangsa mengakibatkan mangsa terperosok sebelum digilis.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu terbabit datang ke Balai Polis Bukit Sentosa untuk membuat laporan sejurus kejadian itu,” katanya.

Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Blog Pakatan
-
-
-
LIVE AJL 345 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
Barisan Bloggers
Rempit Bloggers
CONTACT US
edisimaya@gmail.com
HOTLINKS
- Muka Depan
- Akhbar
- - Nasional
- --Utusan Malaysia
- --Berita Harian
- --Harian Metro
- --Sinar Harian
- - Alternatif
- --Malaysiakini
- -Politik
- --Harakah Daily
- --Keadilan Daily
- --Agenda Daily
- Video Media
- -Video Media List
- --media rakyat
- -Web tv
- Top Forum
- -Forum List
- --Cari
- --lowyat
- --Carigold
- --wangcyber
- --gengblogger
- --Bicara Jutawan
- Shopping
- -Shopping Online
- --mudah
- Top Blog
- -Pemimpin Pembangkang
- --anwar ibrahim
- --tg abd hadi
- -Pemimpin Barisan
- Download
- -Portable App
- -Software
- -Movies
- -Tutorial
Vertical Menu
- 2013 (4)
- 2011 (107)
- 2010 (13)
0 comments:
Post a Comment