[27-5-2011]
SEREMBAN: Isu rasuah yang mencemar liga bola sepak negara kembali menghantui apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis mengenai kegiatan mengatur keputusan perlawanan membabitkan skuad Piala Presiden dan Liga Super negeri itu.
PBNS membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, semalam,
selepas menerima aduan dan pengakuan beberapa pemain pasukan bola sepak negeri itu yang bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan yang dikatakan berlaku sejak akhir tahun lalu.
Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada
sidang media di Wisma Negeri, berkata laporan polis dibuat pengurus
pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat
PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif.
“Laporan polis itu bagi menyiasat beberapa pemain termasuk pengurusan skuad bola sepak Piala Presiden yang disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan.
“Kita percaya ada pemain termasuk individu di peringkat pengurusan pasukan Piala Presiden terbabit dengan kegiatan itu.
“Saya dengan berat hati dan kesal ingin perkara ini disiasat segera dalam usaha memastikan wabak ini dapat segera dibendung sebelum ia menjadi barah yang boleh menular dan mengakibatkan keruntuhan bola sepak negara,” katanya.
Liga bola sepak negara gempar pada tahun 1994 dan 1995 apabila lebih 120 pemain, jurulatih dan pegawai disiasat polis kerana dakwaan mengatur keputusan perlawanan bola sepak menyebabkan 64 pemain dan jurulatih dikenakan tindakan gantung setahun hingga empat tahun.
Pada 2008 pula, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menggantung tujuh pemainnya kerana disyaki menerima rasuah antara RM20,000 hingga RM25,000.
Mohamad berkata, PBNS sudah mendapat maklumat mengenai kes mengatur perlawanan sejak tahun lalu, tetapi pada masa itu tidak mempunyai bukti kukuh dan saksi yang berani tampil.
“Tetapi hari ini (semalam) kita minta pihak berkuasa membongkar perkara ini kerana kita sudah mempunyai saksi,” katanya.
Beliau berkata, gejala itu juga mungkin membabitkan pemain skuad Liga Super berikutan prestasi mereka yang tidak konsisten sejak kebelakangan ini.
“Walaupun setakat ini kita belum mempunyai bukti, namun selepas laporan polis ini dibuat, kita berharap perkara ini dapat disiasat dengan teliti dan menyeluruh, supaya semua pihak terbabit dapat diberkas dan seterusnya didakwa,” katanya.
Skuad Piala Presiden Negeri Sembilan kini sudah terkeluar daripada saingan merebut kejuaraan musim ini selepas hanya mengumpul 20 mata daripada 17 perlawanan Kumpulan B.
Sementara itu, Polis Negeri Sembilan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan PBNS.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata pihaknya juga akan merujuk perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia membabitkan kegiatan rasuah.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan pula berkata Bukit Aman sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan menyerahkan siasatan oleh polis Negeri Sembilan.
“Kita di Bukit Aman hanya akan membantu dan memantau siasatan yang dijalankan mereka (polis Negeri Sembilan),” katanya yang juga mengetuai pasukan khas Bukit Aman berhubung siasatan membabitkan rangkaian sindiket antarabangsa menentukan keputusan perlawanan bola sepak membabitkan rakyat Malaysia.

Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Blog Pakatan
-
-
-
LIVE AJL 345 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
Barisan Bloggers
Rempit Bloggers
CONTACT US
edisimaya@gmail.com
HOTLINKS
- Muka Depan
- Akhbar
- - Nasional
- --Utusan Malaysia
- --Berita Harian
- --Harian Metro
- --Sinar Harian
- - Alternatif
- --Malaysiakini
- -Politik
- --Harakah Daily
- --Keadilan Daily
- --Agenda Daily
- Video Media
- -Video Media List
- --media rakyat
- -Web tv
- Top Forum
- -Forum List
- --Cari
- --lowyat
- --Carigold
- --wangcyber
- --gengblogger
- --Bicara Jutawan
- Shopping
- -Shopping Online
- --mudah
- Top Blog
- -Pemimpin Pembangkang
- --anwar ibrahim
- --tg abd hadi
- -Pemimpin Barisan
- Download
- -Portable App
- -Software
- -Movies
- -Tutorial
Vertical Menu
- 2013 (4)
-
2011
(107)
- 11/27 - 12/04 (1)
- 11/20 - 11/27 (2)
- 11/13 - 11/20 (1)
- 10/30 - 11/06 (1)
- 10/23 - 10/30 (1)
- 10/16 - 10/23 (1)
- 10/09 - 10/16 (4)
- 06/19 - 06/26 (2)
- 06/12 - 06/19 (4)
- 06/05 - 06/12 (8)
- 05/29 - 06/05 (17)
-
05/22 - 05/29
(26)
- Najib minta bantuan belia pertahankan Putrajaya
- K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik
- Kegiatan atur perlawanan Bola
- Dato Siti pun join Wataniah
- Air mani ditemui pada baju pengemas bilik
- Pinjam KWSP RM6 bilion: Kewangan Felda kukuh satu ...
- Sensitif agama dan kaum – biarkan Nazri tentukan
- M.U. beli penjaga gol baru RM91 juta.
- Insurans untuk keluarga miskin
- Pilihan raya ke 13 tahun ini?
- tak pakai seluar dalam semasa di cekup
- video seks: Pengedaran semakin meluas
- Malaysia sahabat sejati Jepun
- Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan
- Andai Sultan Melaka memerintah
- Tiada kenaikan RON95, diesel, LPG
- JPA sedia RM1.44 bilion tawar 4,000 biasiswa
- Anwar kemuka saman balas
- Harga susu naik 5-6% mulai Jun
- 'Orang lama diperlukan bagi bantu BN menang'
- Zunar dapat anugerah antarabangsa
- Selangor PKNS tempah kedudukan awal sebagai juara ...
- 'Siapa bertanggungjawab terhadap Lynas - JAS, LPTA?'
- 20,000 penjawat awam miskin
- Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak
- Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9 selamat
- 05/15 - 05/22 (9)
- 05/08 - 05/15 (11)
- 05/01 - 05/08 (7)
- 01/02 - 01/09 (12)
- 2010 (13)
0 comments:
Post a Comment