Pakatan Rakyat tetap berpendirian Islam kekal sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan gagasan itu akan mengambil langkah untuk mengubah statusnya jika berjaya menawan Putrajaya. Ini sekali gus menyangkal laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?.
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi nota admin blog hari ini, berkata Utusan bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama rasmi di Malaysia.
“Utusan juga telah mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan hari ini di bawah tajuk 'Kristian agama rasmi?'
Laporan itu juga memetik ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.
Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan didedahkan oleh dua blog..
“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.
“Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran 'Tabloid Umno' sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.
“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” tulis Anwar lagi.
Katanya isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru “aparatus pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat.”
berita penuh di sini

Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Blog Pakatan
-
-
-
LIVE AJL 345 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
Barisan Bloggers
Rempit Bloggers
CONTACT US
edisimaya@gmail.com
HOTLINKS
- Muka Depan
- Akhbar
- - Nasional
- --Utusan Malaysia
- --Berita Harian
- --Harian Metro
- --Sinar Harian
- - Alternatif
- --Malaysiakini
- -Politik
- --Harakah Daily
- --Keadilan Daily
- --Agenda Daily
- Video Media
- -Video Media List
- --media rakyat
- -Web tv
- Top Forum
- -Forum List
- --Cari
- --lowyat
- --Carigold
- --wangcyber
- --gengblogger
- --Bicara Jutawan
- Shopping
- -Shopping Online
- --mudah
- Top Blog
- -Pemimpin Pembangkang
- --anwar ibrahim
- --tg abd hadi
- -Pemimpin Barisan
- Download
- -Portable App
- -Software
- -Movies
- -Tutorial
Vertical Menu
- 2013 (4)
-
2011
(107)
- 11/27 - 12/04 (1)
- 11/20 - 11/27 (2)
- 11/13 - 11/20 (1)
- 10/30 - 11/06 (1)
- 10/23 - 10/30 (1)
- 10/16 - 10/23 (1)
- 10/09 - 10/16 (4)
- 06/19 - 06/26 (2)
- 06/12 - 06/19 (4)
- 06/05 - 06/12 (8)
- 05/29 - 06/05 (17)
- 05/22 - 05/29 (26)
- 05/15 - 05/22 (9)
- 05/08 - 05/15 (11)
-
05/01 - 05/08
(7)
- Polis akan siasat dakwaan blogger mengenai isu agama
- Kesal cara MB kedah tangani kemelut cukai tanah
- Negara Kristian: PERKASA buat laporan polis
- Pakatan: Islam kekal agama rasmi Malaysia
- Henti politik hina, selamatkan maruah rakyat
- Masjid bukan tempat luah amarah politik
- 11.11.11 - tarikh pilihan raya umum ke-13?
- 01/02 - 01/09 (12)
- 2010 (13)
0 comments:
Post a Comment